Temui rahsia Resepi Donut Gebu yang viral di TikTok! Tekstur gebu yang sempurna dan rasa yang luar biasa, pasti buat korang tak sabar nak cuba! Jangan ketinggalan resepi trending ini.
2 Resepi Donut Gebu Anti-Gagal! Hasilnya Macam Kedai Bakery Mahal!
Dulu pernah buat donut, tapi asyik keras atau liat je, langsung tak gebu macam yang jual dekat bakery! Dah cuba macam-macam resepi, tetap tak jadi. Tapi lepas guna resepi ni, sekali buat terus jadi! Donut dia gebu, ringan, dan lembut sampai ke malam. Serius, rasa dia memang premium macam donut mahal! Tak sia-sia cuba, memang puas hati!
Resepi Pertama Donut Gebu
Masa Penyediaan: 1 jam 40 minit
Masa Memasak: 10 minit
Jumlah Hidangan: 15-20 biji
Bahan-Bahan:
- 250g tepung roti
- 100ml susu
- 3 sudu besar gula
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil serbuk yis kering
- 1/4 sudu kecil garam
- 1/4 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu besar mentega
- Gula untuk salutan
Cara Penyediaan:
- Bancuh yis dengan susu dan gula. Kacau sebati sehingga gula larut sedikit.
- Pecahkan telur dan masukkan dalam adunan yis. (Untuk elakkan telur yang tidak bersih, pecahkan dalam bekas lain terlebih dahulu). Pukul sebati telur dan adunan yis kemudian ketepikan.
- Masukkan tepung roti dan garam dalam mangkuk adunan. Gaul sebati biar garam bersalut dengan tepung.
- Masukkan dalam mixer tepung, baking powder dan bancuhan yis. Uli selama 10 minit.
- Masukkan mentega (boleh ganti dengan margerin). Sambung uli sampai kenyal dan tidak melekat.
- Keluarkan doh dan sambung uli sedikit.
- Perap anggaran 1 jam atau sampai doh naik dua kali ganda.
- Timbang berat doh dan bahagi kepada 15 atau 20 bahagian (jika 20, donut nanti akan lebih kecil dan comel), timbang untuk satu donut 30g.
- Bulat-bulatkan doh kemudian tutup dan rehat 10 minit.
- Letakkan doh atas kertas baking yang dipotong kecil-kecil dan ditabur tepung supaya tidak melekat.
- Tekan doh biar leper sedikit, tebal anggaran 1 cm.
- Buat lubang di tengahnya.
- Rehatkan lagi anggaran 20 minit.
- Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.
- Bila donut sudah keperangan boleh angkat dan salut dengan gula halus.
Tip Masakan:
- Sebelum masukkan bancuhan yis ke dalam adunan tepung, gaul dulu tepung dan garam sampai sebati. Yis yang terkena garam boleh menjejaskan fungsinya.
- Masa perapan doh mungkin berbeza mengikut cuaca.
- Salut dengan gula halus semasa donut masih suam. Boleh tambah sedikit serbuk kulit kayu manis.
- Untuk dibuat frozen, goreng hingga kekuningan dan simpan dalam peti sejuk beku. Keluarkan dan goreng lagi apabila ingin dimakan dan salut dengan gula.
Rujukan video penyediaan:
Resepi Kedua Donut Gebu
Masa Penyediaan: 1 jam 30 minit
Masa Memasak: 15 minit
Jumlah Hidangan: 12 hidangan
Bahan-Bahan:
- 1 biji kentang (anggaran 100g)
- 2 cawan / 250g tepung gandum atau tepung roti
- 1½ sudu besar gula kastor
- ½ sudu kecil garam
- 1½ yis segera
- 2 sudu besar susu tepung
- 1½ sudu besar margerin
- 1 biji telur
- 80ml air sejuk dari peti ais (masukkan sedikit demi sedikit)
- Minyak masak
- Gula kastor
Cara Penyediaan:
- Potong dua kentang dan rebus dengan air sehingga empuk. Toskan sehingga air tersejat dan sejuk.
- Kupas kulit kentang dan lenyek sehingga halus sekata dengan garfu.
- Masukkan tepung gandum atau tepung roti.
- Tambah susu tepung, gula putih, garam, yis, dan margerin.
- Kacau hancurkan telur dan tuangkan dalam adunan.
- Masukkan air sejuk dari peti ais, tambah sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
- Masukkan kentang lenyek ke dalam adunan tadi dan uli sampai doh tidak melekat dan elastik.
- Sapu sedikit minyak dalam bekas adunan kemudian letakkan doh dan tutup dengan plastik clingwrap. Perap hingga doh naik dua kali ganda.
- Bulatkan doh dan bahagikan kepada 12 bahagian. Satu ketul anggaran 35g hingga 40g dan biar doh naik kembang sedikit dalam anggaran 10-15 minit.
- Celup jari dengan tepung dan buat lubang di tengah.
- Panaskan minyak dan goreng donut sehingga bahagian bawah keperangan.
- Angkat dan salut dengan gula.
Tip Masakan:
- Air sejuk digunakan untuk memperlahankan proses yis mengembang dan dapat hasilkan doh/donut yang lebih enak.
- Letakkan atas kertas baking yang dipotong kecil supaya senang dipindah semasa menggoreng.
- Pastikan bila goreng, bahagian permukaan atas donut mencecah minyak dulu, supaya bahagian bawah doh mengembang sekata.
- Perlu salut dengan gula semasa donut masih suam, jika tidak susah untuk gula melekat.
FAQ’s (2.0)
Q: Bagaimana untuk memastikan donut tetap gebu walaupun disimpan?
A: Untuk memastikan donut tetap gebu, anda boleh goreng donut hingga kekuningan dan simpan dalam peti sejuk beku. Apabila ingin makan, keluarkan dan goreng semula sehingga masak. Salut dengan gula semasa masih suam.
Q: Boleh tak ganti mentega dengan margerin?
A: Ya, mentega boleh digantikan dengan margerin mengikut cita rasa masing-masing. Kedua-duanya memberikan tekstur gebu kepada donut.
Q: Mengapa perlu gunakan air sejuk dari peti ais?
A: Air sejuk digunakan untuk memperlahankan proses yis mengembang, yang akan menghasilkan doh atau donut yang lebih enak dan berperisa.
Dengan mengikuti resepi ini, anda pasti dapat menikmati donut gebu dan lembut yang memuaskan. Selamat mencuba!
Sumber: Che Nom