Resepi Kuih Siput Ni Bukan Biasa-Biasa, Confirm Tetamu Balik Bawak Tapau!

Resepi Kuih Siput ni bukan biasa-biasa. Bila gigit je, bunyi ‘krup krap’ dia boleh pecah hati yang tengah lara! Resepi turun-temurun tapi gaya moden, pedas berdesing, rangup tahap ASMR, dan confirm buat anda rasa macam chef selebriti kat dapur sendiri!

Tak perlu bahan pelik-pelik, tak perlu bakat MasterChef, janji ikut resepi ni, balang kuih anda habis sebelum sempat sejuk! Baca sekarang sebelum orang lain curi resepi ni dulu!

Resepi Kuih Siput

Resepi Kuih Siput Ni Bukan Biasa-Biasa, Confirm Tetamu Balik Bawak Tapau!

 

Kuih siput merupakan salah satu kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Dinamakan kuih siput kerana bentuknya yang menyerupai cengkerang siput, kuih ini mempunyai rasa yang rangup, sedikit pedas dan berempah – sesuai dijadikan kudapan santai atau jamuan tetamu. Kami akan kongsikan resepi kuih siput yang rangup, tahan lama dan paling penting, mudah dibuat.

Resepi Kuih Siput

  • Masa Penyediaan: 50 Minit
  • Masa Memasak: 20 Minit

 

Bahan-Bahan 

Berikut adalah senarai bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kuih siput tradisional yang enak:

  • 500 gram tepung gandum

  • 100 – 120 gram majerin (boleh juga guna minyak sapi untuk aroma lebih kuat)

  • 2 sudu besar udang kering

  • ½ biji bawang besar

  • 2 ulas bawang putih

  • 2 sudu besar minyak masak (pilihan)

  • 1 sudu besar rempah kari

  • 1 sudu besar cili kisar ATAU 2-3 tangkai cili kering

  • 1 sudu besar serbuk jintan manis

  • 1 sudu besar serbuk jintan putih

  • 1 biji telur

  • Beberapa tangkai daun kari

  • 1 sudu kecil garam

  • 150ml air

 

Cara Penyediaan Kuih Siput Rangup

Langkah Penyediaan Awal:

  1. Potong kasar bawang besar dan bawang putih.

  2. Bilas udang kering dengan air, toskan dan rendam seketika sehingga lembut.

  3. Jika guna cili kering, gunting kasar dan rendam dalam air panas. Jika tidak, boleh terus guna cili kisar atau serbuk cili.

  4. Satukan rempah kari, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih dalam satu bekas. Jika tiada dalam bentuk serbuk, boleh sangai biji rempah dan kisar.

 

Langkah Menumis & Mengisar:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering hingga naik bau.

  2. Masukkan bahan tumisan, cili, rempah, garam dan air ke dalam blender. Kisar halus dan ketepikan.

 

Langkah Membuat Doh:
  1. Cairkan majerin di atas api perlahan. Tidak perlu mendidih, cukup sekadar cair.

  2. Tuang tepung gandum ke dalam dulang dan tuang majerin cair ke atasnya. Gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.

  3. Tambahkan bahan kisar tadi dan gaul rata.

  4. Pecahkan telur, pukul sedikit dan masukkan ke dalam adunan. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.

  5. Jika doh terlalu keras, percikkan sedikit air.

  6. Rehatkan doh selama 30 minit hingga 1 jam agar ia menyerap semua bahan dan menjadi lebih lembut.

 

Langkah Membentuk & Menggoreng Kuih Siput:

  1. Gris loyang atau dulang dengan sedikit minyak.

  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Simpan sebahagian doh di bawah kain lembap untuk elakkan ia kering.

  3. Cubit doh sebesar duit 10 sen, gentel bulat.

  4. Tekan atas papan acuan siput menggunakan ibu jari dan tolak perlahan untuk dapatkan bentuk siput.

  5. Ulang langkah ini sehingga doh habis.

  6. Panaskan minyak dalam kuali. Bila cukup panas, boleh mula menggoreng.

  7. Kacau selalu supaya kuih tidak melekat antara satu sama lain.

  8. Bila kuih mula keras dan bertukar warna keperangan, masukkan daun kari.

  9. Bila sudah rangup dan berwarna keemasan, angkat dan toskan minyak.

 

Petua & Tips Kuih Siput Lebih Sedap
  • Jika buat dalam kuantiti banyak, tutup doh dan kuih yang belum digoreng dengan kain lembap untuk elak ia kering.

  • Jangan goreng terlalu lama. Kuih masih terus ‘masak’ selepas diangkat kerana haba. Kalau terlalu garing, kuih boleh jadi pahit.

  • Gunakan acuan khas kuih siput untuk hasil yang lebih cantik dan sekata.

  • Simpan kuih siput dalam bekas kedap udara untuk memastikan ia tahan lama dan kekal rangup.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Soalan Lazim (FAQ 2.0)

1. Berapa lama kuih siput boleh tahan?

Kuih siput boleh tahan sehingga 3-4 minggu jika disimpan dalam bekas kedap udara dan tempat yang kering.

2. Boleh guna mentega atau minyak sapi ganti majerin?

Ya, boleh. Minyak sapi akan memberi aroma yang lebih harum, manakala mentega menghasilkan rasa yang lebih lembut. Namun begitu, majerin lebih mudah dikawal dan menjimatkan kos.

3. Kuih saya jadi keras sangat, kenapa?

Kemungkinan doh terlalu kering atau digoreng terlalu lama. Pastikan doh cukup lembut dan masa menggoreng tidak terlalu lama.

4. Boleh buat versi tak pedas untuk kanak-kanak?

Boleh, cuma kurangkan atau elakkan penggunaan cili kisar/cili kering dalam bahan kisar.

 

Sumber: Che Nom

 

Rujuk resepi lain:

Leave a Comment