Cuba 3 Resepi Maggi Goreng Ini, Confirm Kawan-kawan Mintak Lagi!

Adakah anda pernah teruja dengan hidangan segera yang enak? Jika ya, resepi Maggi Goreng yang super simple ini pasti akan membuatkan anda ketagih! Baca resepi di bawah untuk ketahui rahsia kesedapan yang menanti.

Resepi Maggi Goreng

Cuba 3 Resepi Maggi Goreng Ini, Confirm Kawan-kawan Mintak Lagi!

 

Pernahkah anda cuba masak Maggi Goreng tapi hasilnya hanya biasa-biasa sahaja? Jangan risau, kami juga pernah berada dalam situasi yang sama. Namun, selepas mencuba resepi ini, kami tidak pernah kecewa! Resepi ini sesuai untuk mereka yang sibuk tetapi mahu menikmati makanan yang sedap dan cepat.

 

Resepi Maggi Goreng Biasa

Masa Penyediaan: 5 minit
Masa Memasak: 5 minit
Jumlah Hidangan: 1 orang

 

Bahan-bahan:
  • 1 paket maggi goreng segera perisa kari, bersama perencah
  • 1 ulas bawang putih, cincang kasar
  • 1 biji telur
  • Sedikit udang
  • 1 ketul tauhu goreng, hiris nipis
  • Kobis
  • Sawi
  • Cili padi
  • Sos cili
  • Kicap
  • Limau nipis (untuk perahan)

 

Cara Penyediaan:
  • Rebus maggi hingga separuh masak supaya tidak terlalu kembang, kemudian toskan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
  • Pecahkan telur dan taburkan sedikit perencah maggi di atas telur. Kacau hancur dan masukkan udang.
  • Masukkan maggi, tauhu goreng, kobis, sawi, dan cili padi.
  • Tuangkan baki perencah maggi, sedikit kicap, dan sos cili secukup rasa. Goreng hingga semuanya sebati.
  • Angkat dan hidangkan bersama hirisan limau nipis.

 

Tips Masakan:

Jangan rebus maggi hingga lembut kerana kita akan masak maggi buat kali kedua. Ini akan memastikan maggi tidak menjadi kembang dan lembik apabila digoreng.

 

Resepi Maggi Goreng Mamak

Masa Penyediaan: 5 minit
Masa Memasak: 10 minit
Jumlah Hidangan: 1 orang

 

Bahan-bahan:

1 bungkus Maggi Kari (berserta perencahnya)
1 biji telur
1/2 biji bawang besar (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
Beberapa sayuran seperti sawi atau kobis (mengikut citarasa)
Sedikit minyak untuk menumis

 

Cara Penyediaan:
  • Rebus mi Maggi dalam air mendidih selama 2-3 minit sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan perencah Maggi dan gaul rata.
  • Tambahkan sos cili, sos tomato, dan kicap manis. Kacau hingga sebati.
  • Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau rata sehingga telur masak sepenuhnya.
  • Masukkan sayuran yang telah dipotong dan terus kacau sehingga sayuran menjadi layu.
  • Akhir sekali, masukkan mi Maggi yang telah direbus dan gaul rata dengan semua bahan sehingga sebati.
  • Angkat dan hidangkan panas-panas.

 

Video rujukan penyediaan:

 

Resepi Maggi Goreng Sambal Penyet

Masa Penyediaan: 5 minit
Masa Memasak: 10 minit
Jumlah Hidangan: 1 orang

 

Bahan-bahan:
  • 2 ulas bawang putih
  • Daun sawi
  • 1/2 biji tomato
  • 2 biji telur
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu besar sambal nyet
  • 1/2 paket perencah maggi
  • 1/2 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu besar kicap manis
  • 1 paket maggi

 

Cara Penyediaan:
  • Cincang kasar bawang putih. (Kalau ada bawang besar atau bawang merah kecil, boleh dicampurkan sedikit.)
  • Basuh bersih daun sawi, kemudian asingkan batang dan daun. Potong kasar daun sawi dan tekan batang hingga pecah kemudian potong (supaya bila masak, bahan tumisan meresap ke dalam batang sawi).
  • Potong kasar tomato.
  • Panaskan minyak dan goreng telur. Ketepikan telur yang telah masak.
  • Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bawang putih cincang. Kacau hingga bawang putih garing.
  • Masukkan batang sawi dan tomato, kemudian masak hingga sayur layu.
  • Masukkan sambal nyet dan perencah maggi. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan daun sawi dan kacau.
  • Tolak sedikit bahan tumisan ke tepi, tambah sedikit minyak dan pecahkan telur. Kacau telur hingga menjadi scramble egg.
  • Taburkan sedikit perencah maggi atas telur (pilihan).
  • Masukkan sos cili dan kicap manis. Kacau sebati.
  • Masukkan maggi kosong yang telah dicelur. Kacau hingga bahan bergaul sebati. Tambahkan sambal nyet dan kicap mengikut citarasa sendiri.
  • Hidangkan maggi goreng bersama telur goreng dan sambal nyet.

 

Tips Masakan:

Tekan batang sawi hingga pecah kemudian baru potong, supaya bahan tumisan meresap dan tidak rasa tawar bila makan.
Selepas celur maggi, angkat dan bilas dengan air paip cepat-cepat untuk mengelakkan maggi kembang.

 

Video rujukan penyediaan:

 

FAQ’s (Soalan Lazim)

1. Bagaimana memastikan maggi goreng tidak lembik?
Pastikan maggi direbus separuh masak sahaja dan bilas dengan air paip selepas itu. Ini akan memastikan maggi tidak kembang dan lembik apabila digoreng nanti.

2. Bolehkah saya gunakan perencah lain?
Ya, anda boleh menggunakan perencah lain mengikut citarasa anda. Namun, perencah kari memberikan rasa yang paling autentik untuk resepi ini.

3. Bolehkah saya tambahkan makanan laut dalam resepi ini?
Boleh, makanan laut seperti udang atau sotong boleh menambah keunikan rasa dan berzat kepada Maggi Goreng Mamak anda.

4. Bolehkah saya gunakan sayur-sayuran lain selain yang disyorkan?
Ya, anda boleh menggunakan apa sahaja sayur-sayuran yang ada dalam peti ais anda mengikut citarasa sendiri.

Nikmati Maggi Goreng yang lazat ini dan selamat mencuba!

 

Sumber: Che Nom

 

Rujuk resepi lain:

Leave a Comment