Raya kali ini, siap sedia untuk jadi bintang dapur dengan 6 resepi Rendang Raya yang pasti buat semua tetamu ternganga! Dari rendang daging yang kaya dengan rempah ratus hingga rendang ayam yang penuh dengan rasa, setiap hidangan ini pasti jadi topik perbualan.
Kalau anda nak masakan raya yang ‘wow’, tak perlu cari lagi! Baca sekarang dan temui resepi yang akan buat semua orang terliur dan teruja nak datang ke rumah anda!
6 Resepi Rendang Raya Paling Sedap Yang Pasti Buat Semua Tetamu Terkesima
Raya kali ini, jangan bagi tetamu rasa rendang yang biasa je – sebab kami ada 6 resepi rendang yang bukan saja sedap, tapi juga luar biasa! Bayangkan, setiap suapan rendang yang penuh dengan rasa, lembut dagingnya, dan rempah yang membangkitkan selera – semua ni akan buat tetamu anda ternganga!
Tak kira lah rendang daging, ayam, atau yang lebih ‘rare’, setiap resepi ni ada keunikan yang akan buat semua orang berebut nak tambah. Nak tahu rahsia rendang yang sedap gila? Nah, kami bongkarkan semua di sini! Siap-siap untuk dapat pujian tak henti-henti dan pastikan tetamu anda tak balik dengan tangan koson sebab mereka pasti akan bawa balik ingatan rendang yang tak boleh dilupakan!
1. Resepi Rendang Ayam
- Masa Penyediaan: 30 Minit
- Masa Memasak: 45 Minit
Bahan-bahan
Bahan Utama
-
1 ekor ayam (saiz besar)
-
1 senduk cili kisar
-
1 mangkuk besar santan pekat
-
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
-
3 sudu besar kerisik
-
2 helai daun kunyit
-
2 helai daun limau purut
-
Garam dan gula secukup rasa
-
1 mangkuk besar minyak (untuk menumis)
Bahan Untuk Rempah Tumis
-
2 batang kayu manis
-
3 kuntum bunga lawang
-
5 biji buah pelaga
Bahan Untuk Kisar Halus
-
1 biji bawang besar
-
8 biji bawang merah
-
5 ulas bawang putih
-
2 inci halia
-
3 ketul kunyit hidup
-
2 inci lengkuas
-
2 batang serai
Cara Memasak
-
Bersihkan ayam dengan teliti dan toskan airnya.
-
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga), bahan kisar halus (bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas, dan serai), serta cili kisar. Kacau perlahan-lahan dan masak sehingga pecah minyak dan bahan tumisan menjadi garing. Warna bahan tumisan akan berubah sedikit menjadi lebih gelap.
-
Masukkan ayam ke dalam kuali dan biarkan ia masak selama 5 hingga 10 minit. Pada tahap ini, air dari ayam akan keluar sedikit.
-
Setelah ayam separa masak, masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau dengan perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuahnya menjadi pekat dan meresap.
-
Tambahkan kerisik, daun kunyit, dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa untuk memberikan rasa yang lebih seimbang.
-
Sebagai hiasan, taburkan hirisan daun kunyit di atas rendang sebelum dihidangkan.
Petua & Panduan:
-
Jika bimbang ayam akan hancur semasa dimasak, anda boleh mengeluarkan ayam setelah ia masak dan teruskan memasak kuah sehingga pekat. Ini akan memastikan ayam tetap utuh dan kuahnya lebih pekat dan berperisa.
-
Untuk menambah kelainan rasa, anda boleh menggantikan gula biasa dengan gula melaka. Penggunaan gula melaka memberikan rasa manis yang lebih kaya dan sedap, sesuai dengan hidangan rendang ini.
2. Resepi Rendang Ayam Dendang Perantau
- Masa Penyediaan: 20 Minit
- Masa Memasak: 30 Minit
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kisar Halus:
-
4 inci halia
-
4 ketul kunyit hidup
-
4 inci lengkuas
-
12-15 biji bawang merah kecil
-
10 ulas bawang putih
-
2 biji bawang merah besar
-
5 batang serai
-
8-10 tangkai cili padi
-
30-35 biji cili kering
-
7 biji buah keras
Bahan Untuk Rempah Sangai:
-
2 sudu besar biji ketumbar
-
1½ sudu besar jintan putih
-
1½ sudu besar jintan manis
Bahan Lain:
-
2 cawan minyak masak
-
Rempah 4 sekawan
-
2 ekor ayam
-
2 keping asam keping
-
3-4 cawan santan cair
-
2-3 cawan santan pekat
-
4-6 sudu besar kerisik
-
5-6 helai daun limau purut
-
Garam secukup rasa
-
1-2 sudu kecil gula melaka
-
2 helai daun kunyit
Cara Memasak:
-
Sediakan bahan-bahan untuk dikisar halus dan sangai bahan-bahan rempah yang diperlukan.
-
Rempah yang telah disangai kemudian dikisar halus.
-
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis rempah 4 sekawan bersama bahan-bahan yang telah dikisar halus. Tumis sehingga bahan-bahan kisar berubah warna menjadi sedikit gelap dan pecah minyak.
-
Masukkan ayam, rempah kisar yang telah disangai, asam keping, dan santan cair. Masak hingga ayam menjadi sedikit kecut, empuk, dan airnya hampir kering.
-
Masukkan santan pekat, kerisik, daun limau purut yang telah dibuang tulang tengahnya, garam secukup rasa, serta gula melaka atau gula nisan.
-
Teruskan memasak rendang hingga kuah menjadi agak kering.
-
Setelah kuah kering, taburkan hirisan halus daun kunyit sebagai hiasan.
-
Rendang ayam dendang perantau siap untuk dihidangkan.
Petua & Panduan:
-
Rebus cili kering sehingga agak layu sebelum dikisar agar rasanya lebih seimbang dan tidak terlalu pedas.
-
Pastikan untuk membuang tulang tengah daun kunyit sebelum menghirisnya secara halus untuk mendapatkan tekstur yang lebih lembut.
-
Santan cair adalah santan segar perahan kedua manakala santan pekat adalah perahan pertama. Jika menggunakan santan kotak, campurkan sedikit air untuk menghasilkan santan cair yang sesuai.
-
Kurangkan mengacau rendang ketika memasak untuk mengelakkan ayam hancur.
Rujukan video penyediaan:
3. Rendang Ayam Aidilfitri ala Chef Wan
- Masa Penyediaan: 15 Minit
- Masa Memasak: 40 Minit
Bahan-Bahan
Bahan Untuk Kisar Halus
-
8 biji bawang merah kecil
-
6 ulas bawang putih
-
3 batang serai
-
3 inci halia
-
3 inci lengkuas
-
3 ketul kunyit hidup
-
Cili merah dan cili padi (ikut tahap kepedasan yang diingini)
-
4 biji buah keras
-
1 biji bawang merah besar
Bahan Untuk Rendang
-
1 ekor ayam (dipotong kecil)
-
1 mangkuk kecil cili kisar
-
4 helai daun limau purut
-
1 1/2 biji perahan pati santan
-
4 sudu besar kerisik
-
2-3 keping asam gelugur
-
Garam dan gula secukup rasa
-
Hirisan halus daun kunyit
Cara Memasak
-
Kisar semua bahan untuk kisar halus sehingga menjadi pes yang halus, kemudian ketepikan.
-
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar halus sehingga pecah minyak dan harum baunya.
-
Masukkan cili kisar dan daun limau purut yang telah dicarik-carik. Tumis lagi sehingga warna bahan berubah sedikit menjadi gelap dan minyak mula terpisah.
-
Masukkan ayam yang telah dipotong kecil, kemudian masak sehingga ayam kecut dan separuh masak.
-
Tambahkan pati santan, asam gelugur, dan kerisik. Masak dengan api sederhana sehingga kuah rendang pekat dan meresap ke dalam ayam.
-
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa untuk mencapai keseimbangan rasa.
-
Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit untuk menambah aroma dan rasa segar.
-
Kacau rata dan masak rendang sehingga ayam empuk dan kuah pekat mengikut citarasa.
Petua & Panduan:
-
Pilihan Ayam: Untuk mendapatkan rendang yang lebih kenyal dan tahan lama, anda boleh menggunakan ayam tua atau ayam pencen. Daging ayam pencen lebih kenyal dan tidak mudah hancur, sesuai untuk rendang yang dimasak lebih lama.
-
Kerisik: Pastikan kerisik yang digunakan adalah kerisik yang segar dan tidak berbau tengik. Kerisik yang berkualiti akan memberi rasa yang lebih enak dan meningkatkan kualiti rendang.
Rujukan video penyediaan:
4. Resepi Rendang Ayam Cili Api Hijau
Masa Penyediaan: 30 Minit
Masa Memasak: 40 Minit
Bahan-Bahan
Bahan Rendang:
-
1 ekor ayam
-
2 inci halia
-
8-10 biji bawang merah
-
4 ulas bawang putih
-
1 inci lengkuas
-
1 ketul kunyit hidup
-
3 batang serai (hiris nipis)
-
2 batang serai (ketuk)
-
1 helai daun kunyit
-
20-30 tangkai cili padi hijau
-
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
ATAU 1 kotak kecil santan -
1 asam keping
-
Garam secukup rasa
-
1 sudu besar kerisik
-
Sedikit gula melaka
Bahan Sangai:
-
1 sudu besar biji ketumbar
-
1/2 sudu besar jintan putih
-
1/2 sudu besar jintan manis
Cara Memasak:
-
Potong kasar bawang merah, bawang putih, dan halia.
-
Potong nipis lengkuas, kunyit hidup, dan serai.
-
Masukkan semua bahan yang telah dipotong, bersama cili padi hijau dan sedikit air ke dalam blender. Kisar semua bahan sehingga halus.
-
Sangai biji ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Setelah itu, kisar bahan tersebut menggunakan blender kering sehingga halus.
-
Ketuk serai untuk menyediakan bahan tumis.
-
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis serai sehingga naik bau. Setelah itu, masukkan bahan kisar halus dan tumis sehingga pecah minyak.
-
Setelah bahan tumisan pecah minyak, masukkan ayam bersama rempah sangai dan sedikit air. Tutup kuali dengan tudung dan masak sehingga ayam kecut.
-
Tambahkan santan pekat, asam keping, dan garam. Teruskan mereneh rendang sehingga ayam masak sempurna dan kuah menjadi pekat.
-
Masukkan kerisik dan sedikit gula melaka untuk memberikan rasa manis dan pekat pada kuah.
-
Akhir sekali, taburkan daun kunyit untuk menambah aroma dan kesegaran pada rendang.
Petua & Panduan:
-
Anda boleh mencampurkan cili padi Thai (yang tidak terlalu pedas) dan cili kampung atau cabai burung (yang lebih pedas) untuk memberikan rasa pedas yang seimbang.
-
Jangan biarkan kuah terlalu pekat kerana apabila rendang telah sejuk, kuah akan menjadi lebih pekat. Pastikan tekstur kuah agak cair ketika dimasak.
-
Pastikan minyak dalam rendang cukup banyak, kerana ini akan membantu rendang bertahan lebih lama serta memberi rasa yang lebih sedap dan enak.
Rujukan video penyediaan:
5. Resepi Rendang Daging Hari Raya
- Masa Penyediaan: 30 Minit
- Masa Memasak: 3 Jam
Bahan-bahan
Bahan untuk Kisar Halus
-
7-8 biji bawang merah
-
5 ulas bawang putih
-
3 inci halia
-
2 inci kunyit hidup
-
2 inci lengkuas
-
3 batang serai
-
15-20 tangkai cili kering
-
Sedikit air
Bahan untuk Sangai
-
1 sudu besar biji ketumbar
-
1 sudu kecil biji jintan putih
-
1 sudu kecil biji jintan manis
Bahan Lain
-
2 cawan minyak masak
-
1 kilogram daging lembu
-
2 cawan santan cair
-
1 mangkuk santan pekat
-
1 keping asam keping (gunakan separuh jika kepingan besar)
-
2-3 sudu besar kerisik
-
1-2 helai daun kunyit
-
2-3 helai daun limau purut
-
Gula melaka atau gula nisan secukup rasa
-
Garam secukup rasa
Cara Memasak
-
Potong daging mengikut arah lawan urat kepada ketulan sederhana, kira-kira 2 inci.
-
Buang tulang tengah daun kunyit, gulung dan hiris nipis. Simpan daun kunyit dalam bekas bertutup untuk mengelakkan ia menjadi kering.
-
Cincang kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas, dan serai.
-
Masukkan bahan yang telah dicincang tadi bersama sedikit air dan cili kering (yang telah direbus) ke dalam pengisar.
-
Kisar halus bahan tersebut (pastikan jangan terlalu kisar supaya masih ada serat-serat halus).
-
Sangai (goreng tanpa minyak) biji ketumbar, biji jintan putih, dan biji jintan manis sehingga wangi atau garing.
-
Setelah itu, masukkan rempah yang telah disangai ke dalam lesung batu dan kisar halus.
-
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan kisar. Masak sehingga pecah minyak.
-
Masukkan daging ke dalam periuk dan kacau seketika.
-
Tambahkan rempah yang telah dikisar tadi dan gaul rata.
-
Masukkan santan cair dan renehkan sehingga daging masak dan empuk.
-
Setelah daging masak dan kuah agak kering, masukkan santan pekat.
-
Tambahkan asam keping dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
-
Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
-
Tambahkan daun limau purut yang telah dibuang tulang tengahnya.
-
Masukkan gula melaka atau gula nisan secukup rasa.
-
Akhir sekali, tambahkan garam secukup rasa dan biarkan masakan sebati.
Petua & Panduan
-
Gunakan kunyit segar untuk memastikan rendang lebih wangi dan sedap.
-
Untuk mengenal arah lawan urat, lihat arah urat daging dan potong mengikut arah bertentangan.
-
Pastikan minyak cukup banyak semasa memasak, kerana minyak akan membantu menaikkan bau bahan kisar dan memasak bahan sehingga garing. Minyak berlebihan boleh dibuang selepas masakan siap.
Rujukan video penyediaan:
6. Rendang Daging Tok
- Masa Penyediaan: 40 Minit
- Masa Memasak: 3 Jam
Bahan-bahan
-
4 inci halia
-
2-3 inci lengkuas
-
7 batang serai
-
4 sudu besar biji ketumbar
-
2 kilogram daging
-
Santan dari 4 biji kelapa
-
1/2 kilogram bawang merah kecil
-
12 ulas bawang putih
-
2 sudu besar biji jintan putih
-
2 sudu besar biji jintan manis
-
1 sudu besar lada hitam
-
5 biji buah keras
-
3 sudu besar serbuk kari daging
-
4-5 sudu besar serbuk cili
-
Rempah 3 sekawan (2 kulit kayu manis, 3 bunga lawang, 8 biji buah pelaga)
-
1/2 senduk gula melaka
-
Garam secukup rasa
-
Perasa (jika suka)
-
4 sudu besar kerisik
Cara Memasak
-
Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih, serai, halia, dan lengkuas.
-
Masukkan bawang merah, bawang putih, buah keras, serai, halia, lengkuas, dan sedikit air dalam pengisar. Kisar halus kesemua bahan.
-
Masukkan biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, dan biji lada hitam dalam kuali.
-
Sangai biji rempah di atas api perlahan hingga aroma rempah terbit.
-
Apabila bau rempah sudah harum, tutup api dan pindahkan rempah ke dalam pengisar kering.
-
Setelah biji rempah agak suam, kisar halus semua rempah tersebut.
-
Potong daging kepada ketulan besar. Pastikan daging tidak terlalu kecil, kerana rendang tok memerlukan daging yang agak besar untuk dimasak lama, bagi mengelakkan ia hancur.
-
Untuk santan, perah santan dari 4 biji kelapa. Tidak ada sukatan yang tepat, jadi perah cukup untuk menghasilkan dua mangkuk besar santan – satu mangkuk santan pekat dan satu mangkuk santan cair.
Memasak Rendang Tok:
-
Masukkan semua daging ke dalam kuali. Jika tidak menggunakan daging, ayam pencen boleh menjadi pilihan kerana isinya keras dan tahan lama ketika dimasak.
-
Tuangkan serbuk cili, serbuk kari daging, rempah yang disangai, rempah 3 sekawan, dan bahan kisar halus.
-
Gaul sebati semua bahan agar ia mesra sebelum menambah santan.
-
Tuangkan seluruh santan ke dalam kuali. Resepi ini tidak melibatkan tumisan, oleh itu, kita menggunakan banyak santan pekat.
-
Hidupkan api sederhana dan kacau semua bahan hingga rata.
-
Masukkan gula melaka dan garam (masukkan sedikit dahulu, dan tambah jika perlu).
-
Renehkan rendang sehingga mendidih dengan api sederhana, kerana kita mahu daging masak perlahan-lahan agar menjadi lembut dan kuahnya menjadi pekat.
-
Setelah sejam, kuah akan kelihatan lebih pekat, namun daging masih agak keras dan kuah belum kering sepenuhnya.
-
Masukkan kerisik dan teruskan memasak dengan api perlahan.
-
Selepas satu setengah jam, kuah akan semakin kering dan pecah minyak, warna kuah akan menjadi lebih gelap.
-
Jika daging masih belum lembut, tambah sedikit lagi masa memasak dan tambahkan sedikit air untuk mengelakkan rendang dari hangus.
-
Tambahkan sedikit garam dan serbuk perasa (jika suka).
-
Apabila rendang sudah cukup masak, tutup api dan biarkan ia sejuk sebelum dihidangkan.
-
Sebagai hiasan, taburkan hirisan daun kunyit jika mahu.
Petua & Panduan:
-
Gunakan bahagian daging yang pejal seperti knuckle. Daging dengan urat-urat sedikit lebih baik kerana ia memberi rasa yang lebih lazat. Elakkan menggunakan daging batang pinang untuk rendang tok kerana ia tidak sesuai dan tidak berbaloi untuk menggunakan daging mahal dalam hidangan rendang. Jika mahu, boleh menggunakan daging import.
-
Rendang ini boleh disimpan dalam peti ais dan tahan sehingga setahun jika disimpan dengan betul.
Rujukan video penyediaan:
Sumber: Che Nom
Rujuk resepi lain: